Social Icons

My Recipe

Nasi Daging

Bahan-bahan

5 cawan beras (jika menggunakan beras Brasmathi boleh ditambah beras biasa)
1 kilo daging (bahagian lembut tanpa lemak)
1 paket serbuk kari (peket kecil)
1 paket sup bunjut adabi
Penumis (bunga lawang, kayu manis, dan pelaga)
1 inci halia dihiris halus
1 sudu besar minyak sapi
1 senduk kecil minyak masak
1 cawan tomata puree
1 cawan susu cair
1 helai daun pandan

Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan serbuk kari daging (yang telah masukkan dengan air) bersama sup bunjut sehingga garing.
  2. Masukkan daging yang telah dipotong dadu kedalam periuk tadi dan masukkan 2 jag air. Tujuan nya adalah untuk melembutkan daging dan menyediakan stok daging.
  3. Beras di basuh dan ditoskan
  4. Panaskan minyak sapi dan minyak masak, tumiskan bahan penumis dan halia sehingga wangi. asukkan daun pandan.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan tadi, kacau sebentar sebelum masukkan daging dan air rebusan daging tadi. (Sukatan air rebusan daging adalah bagi yang menggunakan brasmathi sukatan adalah 1 nisbah 1 tetapi untuk beras biasa 1 nisbah 1 1/2)
  6. Apabila nasi hampir masak masukkan tomato puree dan susu cair dan biarkan sehingga masak.
  7. Nasi Daging biasa nya dimakan bersama kuah asam iaitu (hirisan bawang, tomato yang dipotong dadu, bunga kantan, cili hijau/merah dan digaul dengan air asam dan perahan limau kasturi serta garam dan gula)
______________________________________________________________________

Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan

Untuk Ikan:
2 ekor ikan siakap
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Serbuk Pasti Sedap Knoor
Minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dititik
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
Kiub nanas - Kak Noor beli yang siap ditinkan; kiub nanas dalam jus nanas jenama Ayam Brand (Snacky Nanas) - 280 gm
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Daun sup/daun bawang untuk hiasan
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis



Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
  2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
  3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
  5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
  6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
  7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
  8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang. 
______________________________________________________________________

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text